Welcome to Proflowers.com!
 

 

Resepi untuk dicuba
Uni. Teknologi M'sia
The Star online
TV3.com
Utusan.com

 

LAMAN RAKAN:
  muslimjonid
  komponen_biosis
  n3saa
  taman_ilmiah
 

Lela_hawa@yahoo.com
nusrat51@yahoo.com
meida136@mailcity.com
 

 

 

Warkah Dari Hawa Untuk Adam

 

Dariku HAWA, untukmu ADAM...

Bismillahhirrohmanirrahim...
Didoakan semoga kalian beroleh selamat, dibawah lindungan payung rahmat ALLAH s.w.t, amin..Adam, Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, teman mu yang kau pinta semasa kau kesunyian di syurga dulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu. Sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku "buruan syaitan". Adam, Maha Suci Allah yang mentaqdirkan kaumku lebih ramai daripada bilangan kaummu di akhir zaman, inilah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasi bilangan kaumku, nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana. Adam sesama Adam bermusuhan kerana Hawa. 

Buktinya sudah cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari satu waktu. Adam, Bukan kerana ramai isterimu yang membimbangkan aku. Tidak kerana sedikitnya yang merunsingkan aku. Tapi. aku risau, gundah gulana menyaksikankan tingkahlakumu. Kau sejak dulu lagi tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun terasa berat pula untuk menyatakan isi perkara. Adam, Aku tahu bahawa kau tahu dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan "kaum lelaki adalah penguasa kepada kaum wanita".Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, mengawasi dan menjaga aku agar sentiasa dalam redha tuhanku dan tuhanmu. Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah jadi pada kaumku ini. Aku dan kaumku telah menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang telah ditetapkan. Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap dirumah. Jalan-jalan, pasar-pasar, bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti dibalut dari hujung kaki hingga hujung rambut. Tapi. realiti dan hakikatnya kini, Hawa telah berbuat lebih dari patut. Adam, Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, "itu sudah tentu," katamu. Aku ibu dan aku guru pada anak-anakmu. Tapi sekarang, di waktu yang sama, aku ke medan menguruskan hal negara, aku 
ke hutan memikul senjata. Padahal kau duduk-duduk sahaja. Ada di antara kaummu yang menganggur tiada bekerja. Kau perhatikan sahaja aku panjat tangga di pejabat bomba. Kainku tinggi menyinsing peha mengamankan negara. 

Apa kau sekarang ini tidak lagi seperti dulu? Apakah telah hilang kasih suci mu terhadap diriku? Adam, Marahkah kau jika kukatakan "andainya Hawa yang terpesong, maka Adam yang patut tanggung". Sebab apa Adam? Ramai orang berkata jika anak jahat, emak bapak tak pandai tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tak pandai ajar. Adam kau selalu berkata, "Hawa memang degil tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu. Pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu. Apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi s.a.w terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Apakah akhlak Adam boleh dijadikan contoh buat kaum Hawa? Adam, kau sebenarnya imam dan aku adalah makmum. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, maka lalailah aku. Wahai Adam, kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sepuluh nafsumu satu. Aku.akalku satu, nafsuku beribu!!! Oleh itu Adam, pimpinlah tanganku keranaku sering lalai dan lupa, sering tergelincir ditolak nafsu dan konco-konconya. Aku kini hampir tenggelam. Adam, tolonglah.!! 

Adam, aku suka kalau kau mengimami sembahyangku pada setiap waktu. Akanku aminkan bacaan doamu. Lebih aku suka kalau kau bangunkan aku untuk bertahjudkan bersama mu. Kau kenalkan aku masjid-masjid dan majlis agama. Kau ajari aku untuk pandai membaca dan memahami al-Quran,imamku. Kau ajaklah aku untuk baca Yasin bersamamu di malam Jumaat yang penuh berkat. Kau khabarkan aku tentang fardhu-fardhu yang patut aku tahu. Tunjukkanlah aku perkara sebenar yang patut aku buat. Adam, akhirnya ajarkan aku agar menjadi isterimu yang solehah. Didiklah aku supaya aku tunduk, patuh dan menghormatimu setiap waktu. Tolonglah aku Adam agar aku tidak beku. Bantulah aku agar otakku tidak buntu. Selamatkanlah aku dari seksa neraka yang sudah tentu tiada siapa akan sabar menanggungnya. na'uzubillahhi minzalik. Sekian. Wassalam.
                                                                                                                                 Daripada,                                                                                                         Hawa temanmu.

* Dunia kini sepi tanpa kedamaian hakiki ...