Welcome to Proflowers.com!
 
 
 
Resepi untuk dicuba
Uni. Teknologi M'sia
The Star online
TV3.com
Utusan.com

 

LAMAN RAKAN:
  muslimjonid
  komponen_biosis
  n3saa
  taman_ilmiah
 

Lela_hawa@yahoo.com
nusrat51@yahoo.com
meida136@mailcity.com
 

 

 
 

Ciri-ciri Wanita Solehah

 

   WANITA SOLEHAH

Wanita yang didunianya solehah akan menjadi cahaya bagi keluarganya, melahirkan keturunan yang baik dan jika wafat di akhirat akan menjadi bidadari. 

Hikam:
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara faraz-nya. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. 

Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara faraz-nya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya. 

Rasulullah saw bersabda:

 "Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah."
                                                                                                              (HR. Muslim) 

Wanita solehah merupakan penentram batin, menjadi penguat semangat berjuang suami, semangat ibadah suami. Suami yakin tidak akan dikhianati, kalau ditatap benar-benar menyejukkan qalbu, kalau berbicara tutur katanya menentramkan batin, tidak ada keraguan terhadap sikapnya. 

Pada prinsipnya wanita solehah adalah wanita yang taat pada Allah, taat pada Rasul. Kecantikannya tidak menjadikan fitnah pada orang lain. Kalau wanita muda dari awal menjaga dirinya, selain dirinya akan terjaga, juga kehormatan dan kemuliaan akan terjaga
pula, dan dirinya akan lebih dicintai Allah karena orang yang muda yang taat lebih dicintai Allah daripada orang tua yang taat. Dan, Insyaallah nanti oleh Allah akan diberi pendamping yang baik. 

Agar wanita solehah selalu konsisten yaitu dengan istiqomah menimba ilmu dari alam dan lingkungan di sekitarnya dan mengamalkan ilmu yang ada. Wanita yang solehah juga dapat berbakti terhadap suami dan bangsanya dan wanita yang solehah selalu belajar. Tiada hari tanpa belajar.

 

TIGA GOLONGAN UMAT DI AKHIR ZAMAN

 Rasulullah SAW bersabda: 

“ Pada akhir zaman, umatku berpecah menjadi tiga golongan. Satu golongan menyembah Allah dengan ikhlas. Satu golongan menyembah Allah dengan riak, dan satu golongan beribadat kepada Allah dengan tujuan mencari makan dari manusia. Manakala Allah mengumpulkan mereka di hari kiamat, Allah bertanya kepada orang yang hanya mencari makan, “ Apakah tujuanmu beribadat kepadaKu?” Maka dia menjawab. “Dengan kemuliaan dan ketinggianMu aku beribadat dengan tujuan mencari makan dari manusia.” Allah berfirman, “Tiada memberi manfaat apa yang telah kumpulkan.” Dia lalu dibawa ke neraka. Kemudian Allah bertanya kepada orang yang beribadat kerana riak. “Dengan kemulian dan ketinggianKu, apakah tujuanmu beribadat kepadaKu?” Dia menjawab, “Dengan kemulian dan ketinggianMu, aku beribadat kerana riak.” Allah berfirman, “Tiada satupun yang sampai kepadaku.” Maka orang itu dicampakkan ke dalam neraka. Kemudian Allah bertanya kepada orang yang beribadat dengan ikhlas. Dia menjawab, “Dengan kemuliaan dan ketinggianMu, Engkau lebih tahu apa yang aku kehendaki. Aku menghendaki zikir kepadaMu dan mengharap redhaMu.” Allah berfirman, “Benar hambaku.” Dia pun dihantar ke syurga.

(HR. Thabrani)

 

SELALU MENUNAIKAN HAK SUAMI

 Seorang perempuan datang bertanya kepada Rasulullah SAW serta menerangkan katanya: “ Sesungguhnya sepupuku meminangku, maka sebelum aku berumah tangga , ajarkanlah kepadaku, apakah hak suami terhadap isterinya? Rasulullah SAW menjawab:

      “ Sesungguhnya hak suami terhadap isterinya sangatlah besar, sehingga apabila mengalir darah hidung atau nanah suaminya, lalu dijilat isterinya, masih belum terbayar hak suaminya itu. Dan jika sekiranya manusia dibolehkan sujud kepada manusia, nescaya aku perintahkan si isteri untuk sujud kepada suaminya.”

(HR. Al-Hakim)

 

JANGANLAH MENGERASKAN SUARA MELEBIHI SUAMI

 Rasulullah SAW bersabda:

 “ Isteri manapun yang mengeraskan suara melebihi suara suaminya, maka dia akan mendapat laknat dari segala sesuatu yang disinari matahari.”

(Hadis dari Umar bin Khattab)

 

JANGANLAH MERATAP TANGIS KERANA DITIMPA MUSIBAH

 Rasulullah SAW bersabda:

 “Apabila wanita yang meratap tangis tidak bertaubat sebelum ia meninggal, maka dia akan dibangkitkan pada hari kiamat, dan ditubuhnya dikenakan pakaian jubah yang penuh dengan penyakit kubis.”

(HR. Muslim)

 Wahai ukhti Muslimah! Perbuatan ini adalah termasuk perbuatan wanita-wanita Jahiliyah. Apabila ada wanita muslimah yang melakukannya, bererti dia membuka dirinya untuk mendapat azab dan kemarahan Allah. Oleh kerana itu setiap ditimpa musibah bersabarlah, kerana segala sesuatu yang ada ini datangnya dari Allah, maka kepada Allah-lah akan dikembalikan semuanya.

 

SEBAB-SEBAB YANG MEMASUKKAN WANITA KE DALAM SYURGA

 Rasulullah SAW bersabda:

 “Apabila seorang wanita mendirikan solat yang lima, berpuasa pada bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya dan mentaati suaminya, maka dia masuk syurga dari pintu-pintu syurga manapun yang dikehendakinya.”

(HR. Ibn Hibban)

 

Wahai ukhti Muslimah! Selagi dirimu berpegang teguh kepada Hadis Rasulullah ini, nescaya engkau akan mendapat redha Allah. Jika Allah redha kepadamu, bererti dia mencintaimu. Jika Dia mencintaimu, tentunya Dia akan memasukkan kamu ke dalam syurga-Nya dan menjauhkan kamu dari azab neraka.

 

PAHALA BAGI ISTERI YANG MEMELIHARA ANAK

 Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila seorang wanita redha atas kehamilannya dari suaminya yang sah, sesungguhnya ia telah mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya dijalan Allah; dan jika ia merasa berat, letih atau lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba sahaya kerana Allah.”

(HR. Ibn Hibban)

 

 

KEUTAMAAN WANITA YANG TAAT KEPADA AJARAN AGAMA

 Rasulullah SAW bersabda:

 “Dinikahi perempuan itu kerana 4 perkara: Pertama, kerana hartanya. Kedua, kerana keturunannya. Ketiga, kerana kecantikannya. Keempat, kerana agamanya. Maka yang lebih utama adalah perempuan yang beragama, pasti engkau akan beruntung.”

(HR. Bukhari Muslim)

 

 JANGAN MENOLAK APABILA DIAJAK OLEH SUAMI UNTUK TIDUR BERSAMA

 Ibnu Abbas r.a berkata: “Ada seorang wanita dari Khats’am datang kepada Rasulullah SAW lalu bertanya: “Wahai Rasulullah, saya adalah seorang wanita yang sudah janda, dan saya ingin kahwin lagi, yang ingin saya tanyakan apakah hak suami itu?

 Rasulullah SAW menjawab:

 “Setengah daripada hak suami atas isterinya itu adalah apabila suami itu menginginkan isterinya itu untuk bercumbu rayu, walaupun isterinya itu di atas punggung unta, maka jangan sekali-kali isteri itu menolaknya.

(HR. Baihaqi)

 Sabdanya lagi:

 “Demi Allah yang jiwaku ditangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba ditolak isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya.”

(HR. Bukhari Muslim)

 

 

 KEUTAMAAN WANITA YANG TAAT KEPADA AJARAN AGAMA

 Wanita yang solehah itu apabila ia berbicara dengan suaminya, ia selalu menunjukkan sifat kasih sayang, dengan bahasa yang lemah lembut dan sopan santun. Janganlah seorang isteri bercakap kasar terhadap suaminya, atau memarahinya, apalagi membentak-bentak. Jika suami secara kebetulan belum mendapat pekerjaan, janganlah isteri menunjukkan sikap benci, kerana apabila sikap baik yang dilihatkan oleh isteri kepada suaminya, ianya akan mendorong hati suami untuk bekerja keras. Akan tetapi sebaliknya, jika si isteri selalu marah-marah, maka hal yang demikian itu akan membuatkan hati suami menjadi resah, bahkan mungkin dapat membunuh ghairahnya untuk bekerja. Justeru itu hendaklah isteri selalu selalu menunjukkan wajah yang berseri dan cerah.

 Rasulullah SAW bersabda:

 “Sesungguhnya apabila seorang suami memandang isterinya, dan isterinya membalas pandangan tersebut dengan penuh kasih dan cinta, maka Allah memandang mereka dengan pandangan kasih mesra, dan jika si suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran di celah-celah jari tangan mereka.”

(HR. Maisyarah)

 

TIDAK MERENDAHKAN PEMBERIAN SUAMINYA SERTA TIDAK MENCARI-CARI ALASAN UNTUK MINTA CERAI

 Rasulullah SAW bersabda:

 “Jika seorang isteri berkata kepada suaminya, belum pernah aku mendapatkan atau merasakan kebaikan darimu, maka bererti telah gugur amalnya.”

(HR. Ibn Ady dan As-Syakir)

 

 “Tiap isteri yang meminta cerai kepada suaminya tanpa alasan yang dibenarkan, maka haram atasnya bau syurga.”

(HR. Abu Daud)

 “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: jika isteri berkata kepada suaminya: talaklah aku/ ceraikan aku! Maka nanti di hari kiamat ia tidak berdaging, lidahnya keluar melalui tengkuknya dan akan dimasukkan ke dalam neraka jahanam walaupun ia puasa disiang hari dan solat malam."

 (Hadis dari Abu Bakar Shiddiq)

 

JIHAD BAGI KAUM WANITA

 Wanita yang sentiasa taat kepada suaminya, dan menjaga dirinya ketika suaminya sedang tidak ada di rumah, maka yang demikian itu pahalanya sama dengan orang berjihad di jalan Allah.

 Rasulullah SAW bersabda:

 “Seorang perempuan datang menghadap kepada Rasulullah SAW, ia bertanya: “Ya Rasulullah, saya ini adalah utusan dari kaum wanita untuk menghadap tuan. Ada jihad yang diwajibkan kepada kaum lelaki, apabila mereka menag, mereka akan mendapat pahala, kalau mereka terbunuh mereka tetap hidup di sisi Tuhannya, mereka tetap mendapat rezeki. Sedangkan kami kaum wanita, kamilah yang memelihara mereka, kami akan memperolehi apa? Rasulullah SAW menjawab: Sampaikanlah kepada setiap kaum wanita yang kamu jumpai; bahawasanya, taat kepada suami, memenuhi hak-hak suami sama pahalanya dengan jihad, tetapi sedikit sekali di antara golonganmu yang melakukannya.”

(Hadis dari Ibn Abbas)

 

TAAT KEPADA SUAMI

Di antara tanda-tanda dari wanita yang solehah itu ialah ketaatannya kepada suaminya. Taat kepada suami mempunyai tempat yang kedua setelah taat atau patuh terhadap perintah dan larangan Allah. bahkan ketaatannya pada Allah di ukur sejauh mana dia dapat menyelesaikan kewajipannya terhadap suaminya.

Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya seorang isteri belum dapat dikatakan telah menunaikan kewajipannnya terhadap Allah sehingga ia menunaikan kewajipannya terhadap sauminya seluruhnya. Dan jika suaminya memerlukannnya, sedangkan pada waktu itu dia sedang berada di atas kenderaaan, maka tidak boleh dia menolaknya."

(HR. Thabrani)

Dalam hadis yang lain pula diterangkan, bahawa siapa sahaja isteri yang penuh dengan keikhlasan dalam melaksanakan tugasnya sebagai isteri, serta beriman kepada Allah, maka ia berhak memperoleh balasan syurga.

Dalam sebuah riwayat diterangkan; sesungguhnya telah terjadi di zaman Rasulullah SAW seorang suami pergi berperang meninggalkan isterinya. Ketika hendak meninggalkan rumah dia berpesan kepada isterinya, "Janganlah kamu meninggalkan rumah sehingga aku pulang dari berperang". Pada waktu si suami sedang tiada di rumah, ibu si isteri jatuh sakit. Maka si isteri tersebut mengutus seseorang kepada Rasulullah SAW untuk meminta izin melihat ibunya. Jawab Rasulullah, "Tunggulah suamimu pulang, janganlah keluar rumah". Akhirnya orang tua si isteri meninggal dunia. Lalu si isteri mengutus lagi seseorang kepada
Rasulullah SAW untuk meminta izin melihat ibunya. Lalu Rasulullah menjawab, "Tunggulah hingga suamimu pulang". setelah itu Rasulullah SAW mengutus seseorang kepada si isteri tersebut untuk memberikan berita bahawa Allah SWT telah mengampuni dosa ibunya disebabkan ketaatannya kepada suaminya. Jadi seorang wanita yang solehah itu ialah wanita yang telah sanggup meletakkan sesuatu pada tempat yang benar. Ertinya, jika ia sudah bersuami, maka yang peling berhak terhadap dirinya adalah suaminya, melebihi diri ibu dan bapa serta keluarganya yang lain.